Category Archives: Pantas Sifir

Panduan memasang DASH Wallet untuk peraduan Pantas Sifir

Peraduan Pantas Sifir akan diadakan pada minggu ke-18, 2017 bermula pada 30 April 2017. Maklumat pertandingan boleh didapati di http://pantassifir.ridinglinux.org/statistik/terbuka-minggu-182017.

Berikut adalah panduan memasang DASH Wallet sebagai persediaan untuk peraduan Pantas Sifir tersebut.

  1. Buat carian “Dash Wallet” di Google Play.
  2. Pastikan pencipta wallet adalah “Hash Engineering Solutions
  3. Klik Install.
  4. Klik butang Menu
  5. Klik “Address Book“.
  6. Swipe skrin untuk membuka muka “Your Addresses”.
  7. Tekan alamat beberapa saat (tekan lama / long press).
  8. Klik butang “copy“.
  9. Lancarkan aplikasi Pantas Sifir dan tekan butang Menu. PENTING! Pastikan Aplikasi Pantas Sifir adalah versi yang terkini.
  10. Pilih “Alamat Dashpay”.
  11. Tekan kotak Alamat Dashpay beberapa saat (tekan lama / long press).
  12. Klik butang “Paste“.
  13. Klik butang “Simpan”.

Selesai. Alamat anda akan disimpan dan sedia untuk menerima hadiah sekiranya anda memenangi peraduan ini.


Sebarang pertanyaan boleh dibuat di Group Facebook Dash Malaysia di https://www.facebook.com/groups/dashmy

Prestasi Pemain-pemain Pantas Sifir, Pemerhatian Sepanjang Tahun 2016

Aplikasi Pantas Sifir adalah aplikasi mudah alih percuma untuk pengguna-pengguna peranti Android yang mula dilancarkan sekitar September 2015. Ia adalah aplikasi permainan yang mudah yang dibina khusus untuk membantu meningkatkan penguasaan sifir di kalangan rakyat Malaysia terutama pelajar-pelajar sekolah rendah.

Setelah lebih setahun dilancarkan, aplikasi ini telah mencatatkan lebih 9,000 orang pemain melibatkan sekitar 2,500 buah sekolah rendah serata negara dengan lebih daripada 33,000 jumlah catatan masa (setakat 12 Disember 2016).

Peningkatan prestasi pemain-pemain juga dapat dikesan bagi pemain yang menggunakan aplikasi ini secara konsisten. Terdapat ramai pemain-pemain muda yang berjaya merekodkan catatan masa yang mengkagumkan. Pemerhatian yang dapat dibuat adalah kesemuanya mencatatkan peningkatan prestasi ketara bergantung kepada kekerapan penggunaan aplikasi ini.

Berikut adalah contoh graf pencapaian beberapa pemain sekolah rendah.

Adik Aqilah (SK Subang).

Maklumat lanjut di: http://pantassifir.ridinglinux.org/statistik/individu-graf?user_id=2791

Adik Danny Adam (SK Bukit Jelutong).

Maklumat lanjut di: http://pantassifir.ridinglinux.org/statistik/individu-graf?user_id=5293

Adik Rubanraj Saravanan (SJK(T) HICOM).

http://pantassifir.ridinglinux.org/statistik/individu-graf?user_id=5485

Adik Ng Yen Yi (SJK(C) Pin Hwa (1)).

http://pantassifir.ridinglinux.org/statistik/individu-graf?user_id=5733

Daripada graf-graf di atas, didapati bahawa latihan yang konsisten mampu membawa kesan positif terhadap kemahiran hafalan sifir dan juga tindak balas motor. Corak pencapaian yang sama dapat dilihat pada hampir kesemua pemain-pemain PantasSifir.

Adalah menjadi harapan kami agar aplikasi #pantasSifir dapat ini memberi manfaat kepada semua. InsyaAllah.

Statistik dan tabulasi pencapaian pemain disediakan secara online di laman web Pantas Sifir. Ini untuk memberi maklumat secara lansung kepada bukan sahaja pemain, tetapi juga kepada ibu bapa dan pengkaji-pengkaji atau penggiat akademik.

Aplikasi ini boleh di muat turun di :
https://play.google.com/store/apps/details?id=org.ridinglinux.lumbasifir

Laman web Pantas Sifir :
http://pantassifir.ridinglinux.org

Laman Facebook Page Pantas Sifir:
https://www.facebook.com/pantasSifir