Pendapatan Dari Rumah – Bitcoin Percuma Melalui Program Bitcoin Faucet

Di dalam artikel terdahulu saya ada menyatakan bahawa salah satu cara untuk mendapatkan bitcoin tanpa perlu membeli adalah dengan melakukan kerja-kerja di internet yang memberi bayaran bitcoin.

Terdapat banyak laman-laman web yang sedia memberi bitcoin percuma kepada kita samada ia meminta kita menjawab survey, membuka iklan atau semata-mata melawat laman web mereka dari masa ke semasa dan menyelesaikan Captcha. Program seperti ini digelar Bitcoin Faucet (boleh rujuk https://en.wikipedia.org/wiki/Bitcoin_faucet untuk maklumat lanjut).

Tujuan utama Bitcoin Faucet ini dibuat adalah untuk :-

  • Mempromosi penggunaan Bitcoin kepada pengguna-pengguna internet. Dengan adanya program ini, kesedaran terhadap wujudnya Bitcoin dapat dipertingkatkan dan pengguna-pengguna internet boleh mencuba sebarang transaksi Bitcoin tanpa perlu mengeluarkan sebarang modal. Ia juga mendorong pengguna-pengguna internet agar mencipta wallet Bitcoin buat kali pertama bagi mereke yang belum pernah.
  • Untuk mendapatkan trafik dan respon. Ada laman web sekadar ingin menarik seramai mungkin pengunjung ke laman web mereka untuk tujuan pemasaran dan paparan iklan. Ada juga yang memerlukan respon terhadap survey untuk menyiapkan tugasan atau kajian pasaran, maka mereka memerlukan responden yang ramai. Bayaran token dalam bentuk Bitcoin dilihat mampu mendorong sejumlah pengunjung yang sudi meluangkan masa memberi respon.
  • Membuat keuntungan. Biasanya ini sebab paling utama. Pengunjung dibayar sejumlah Bitcoin, namun pemilik laman web selalunya mendapat untung yang lebih yang membuatkan mereka mampu menampung kos tersebut. Perhatikan laman web Faucet biasanya dipenuhi iklan. Setiap pengunjung yang melawat akan dikira di dalam perkiraan jumlah paparan dimana pemilik web akan dibayar pula oleh pengiklan. Sekiranya pengunjung klik mana-mana iklan, bayaran tambahan juga diterima oleh pemilik laman. Jadi, ia memberi situasi menang-menang kepada pengunjung, pemilik laman dan juga pengiklan.

Kesan besar program Faucet Bitcoin ini adalah menimbulkan kesedaran betapa mudah melakukan proses menghantar dan menerima wang di dalam ekonomi bitcoin ini. Anda cuba bayangkan, tanpa bitcoin, apa cara anda untuk menerima bayaran-bayaran micro seperti ini? Sebagai contoh, satu laman membayar anda 10,000 satoshi, yang bernilai lebih kurang RM0.50, adakah anda boleh terima bayaran tersebut melalui check? Bank TT/Wire? Western Union? Jika boleh pun, ia sangat tak berbaloi akibat tukaran wang dan komisen yang tinggi.

Saya berminat untuk menjana pendapatan tambahan. Apa perlu saya buat?

Sila sediakan pen dan kertas! Anda perlu mencatit beberapa maklumat kelak.

Langkah pertama ialah mendapatkan satu wallet bitcoin. Bagi pengguna Android/IPhone, saya cadangkan untuk install aplikasi Mycelium.

Pengguna Android:
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.mycelium.wallet

Pengguna IPhone:
https://itunes.apple.com/us/app/mycelium-bitcoin-wallet/id943912290?mt=8

Mycelium adalah aplikasi wallet (dompet) bitcoin yang popular di kalangan pengguna Android dan IPhone. Ianya selamat, mudah digunakan dan juga boleh kita gunakan untuk tujuan lain selain daripada inisiatif derma ini.

Setelah memasang aplikasi, langkah penting untuk dilakukan ialah mencipta PIN keselamatan dan juga membuat Frasa Rahsia (terdiri daripada 12 perkataan) untuk tujuan backup. Ini penting untuk keselamatan wallet anda. Andaikata phone rosak atau hilang, kita boleh restore balik wallet di phone lain dan mendapatkan kembali duit kita tersebut. PIN dan Frasa Rahsia ini TIDAK boleh diberi kepada orang lain. Simpan sendiri. Nak selamat, tulis atas kertas dan simpan di tempat yang selamat.

Langkah seterusnya ialah mendapatkan alamat penerimaan bayaran. Sebelum kita daftar akaun di laman web Moonbit, kita kena sediakan alamat penerimaan bayaran dahulu. Ini membolehkan bayaran dibuat oleh Moonbit kepada kita kelak, terus masuk ke walled Mycelium yang baru kita install tadi.

Di aplikasi MyCelium, klik “receive”. Perhatikan alamat yg diberi. Dan klik “copy to clipboard”.

Sekarang kita lawat laman web Moonbit. Klik link di bawah.

Pergi ke laman http://moonbit.co.in/

Masukkan alamat penerimaan wallet anda

Tunggu 5 minit sehingga butang Claim Now muncul. Klik butang tersebut.

Klik kotak I’m not a robot. Ini adalah proses untuk memastikan anda adalah pelawat yang sah.

Baca arahan dan selesaikan kuiz mudah yang diberi. Contohnya proses memilih gambar roda basikal seperti di bawah.

Setelah berjaya, klik butang Submit.

Perhatikan jumlah satoshi yang diterima. Jika tak tahu apa itu satoshi, baca artikel saya sebelum ini bertajuk Denominansi Bitcoin.

Begitulah proses yang perlu dibuat. Ulang proses yang sama setiap 5 minit untuk bendapatkan bitcoin satoshi yang seterusnya.

Berapa Ringgit yang anda boleh buat melalui program ini?

Sekiranya anda boleh mencecah nilai minumum 10,000 satoshi, anda akan dibayar pada hujung minggu ke alamat penerimaan wallet yang diberikan tadi. 10,000 satoshi tu lebih kurang RM0.50.

50 sen saja? Sikitnya…

Ya, sikit saja… tapi tetap duit free. Jadi, bolehlah diusahakan jika berminat. Atau cuba saja untuk tujuan belajar dan memahami proses ekonomi bitcoin. Perlu ingat juga, nilai bitcoin dijangka meningkat, boleh kita jadikan duit simpanan dan menunggu jika nilai satoshi kita akan menaik satu masa nanti.

Sebenarnya ada lagi tips tambahan, seperti menjawab survey yang membolehkan anda mendapat terus 20,000 satoshi. Itu boleh dibincangkan di ruangan komen Facebook di bawah.

Ada banyak lagi laman Bitcoin Faucet yang boleh dicuba. Senarai ada di https://www.reddit.com/r/Bitcoinfaucets/

Selamat Mencuba.

Update 21-Feb-2017

Dalam masa tak sampai 3 hari, saya dah berjaya cecah amaun minimum 10,000 satoshi yang diperlukan. Alhamdulillah. Nampaknya program Bitcoin Faucet ni lebih menguntungkan berbanding melombong (mining).

Comments

comments

2 thoughts on “Pendapatan Dari Rumah – Bitcoin Percuma Melalui Program Bitcoin Faucet”

Comments are closed.