Prestasi Pemain-pemain Pantas Sifir, Pemerhatian Sepanjang Tahun 2016

Aplikasi Pantas Sifir adalah aplikasi mudah alih percuma untuk pengguna-pengguna peranti Android yang mula dilancarkan sekitar September 2015. Ia adalah aplikasi permainan yang mudah yang dibina khusus untuk membantu meningkatkan penguasaan sifir di kalangan rakyat Malaysia terutama pelajar-pelajar sekolah rendah.

Setelah lebih setahun dilancarkan, aplikasi ini telah mencatatkan lebih 9,000 orang pemain melibatkan sekitar 2,500 buah sekolah rendah serata negara dengan lebih daripada 33,000 jumlah catatan masa (setakat 12 Disember 2016).

Peningkatan prestasi pemain-pemain juga dapat dikesan bagi pemain yang menggunakan aplikasi ini secara konsisten. Terdapat ramai pemain-pemain muda yang berjaya merekodkan catatan masa yang mengkagumkan. Pemerhatian yang dapat dibuat adalah kesemuanya mencatatkan peningkatan prestasi ketara bergantung kepada kekerapan penggunaan aplikasi ini.

Berikut adalah contoh graf pencapaian beberapa pemain sekolah rendah.

Adik Aqilah (SK Subang).

Maklumat lanjut di: http://pantassifir.ridinglinux.org/statistik/individu-graf?user_id=2791

Adik Danny Adam (SK Bukit Jelutong).

Maklumat lanjut di: http://pantassifir.ridinglinux.org/statistik/individu-graf?user_id=5293

Adik Rubanraj Saravanan (SJK(T) HICOM).

http://pantassifir.ridinglinux.org/statistik/individu-graf?user_id=5485

Adik Ng Yen Yi (SJK(C) Pin Hwa (1)).

http://pantassifir.ridinglinux.org/statistik/individu-graf?user_id=5733

Daripada graf-graf di atas, didapati bahawa latihan yang konsisten mampu membawa kesan positif terhadap kemahiran hafalan sifir dan juga tindak balas motor. Corak pencapaian yang sama dapat dilihat pada hampir kesemua pemain-pemain PantasSifir.

Adalah menjadi harapan kami agar aplikasi #pantasSifir dapat ini memberi manfaat kepada semua. InsyaAllah.

Statistik dan tabulasi pencapaian pemain disediakan secara online di laman web Pantas Sifir. Ini untuk memberi maklumat secara lansung kepada bukan sahaja pemain, tetapi juga kepada ibu bapa dan pengkaji-pengkaji atau penggiat akademik.

Aplikasi ini boleh di muat turun di :
https://play.google.com/store/apps/details?id=org.ridinglinux.lumbasifir

Laman web Pantas Sifir :
http://pantassifir.ridinglinux.org

Laman Facebook Page Pantas Sifir:
https://www.facebook.com/pantasSifir

Comments

comments

One thought on “Prestasi Pemain-pemain Pantas Sifir, Pemerhatian Sepanjang Tahun 2016”

Comments are closed.