Memanfaatkan Aplikasi Pantas Sifir Untuk Meningkatkan Penguasaan Sifir Di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Di Malaysia

Sifir adalah salah satu elemen penting di dalam pembelajaran awal matematik terutama di sekolah rendah. Kamus Dewan mendefinisikan sifir sebagai “daftar angka yg digandakan berturut-turut”. Di dalam sistem pendidikan Malaysia, sifir diperkenalkan kepada pelajar seawal sekolah rendah dimana pelajar dikehendaki untuk menghafal sekurang-kurangnya sehingga sifir dua belas (12) sebelum melangkah ke sekolah menengah. Bagi membantu pelajar, sifir dicetak atau dipamerkan di banyak tempat seperti di belakang buku tulis dan juga di papan tanda atau dinding-dinding sekolah. Ini untuk membantu pelajar-pelajar agar dapat menguasai sifir dan juga meningkatkan kesedaran betapa pentingnya sifir sebagai faktor utama di dalam menguasai ilmu matematik.

Namun begitu, terdapat kajian-kajian atau pemerhatian yang menunjukkan bahawa wujudnya masalah penguasaan sifir yang lemah yang berlaku di sekolah-sekolah rendah. Kajian-kajian tempatan seperti yang dibuat oleh Zain Mukmin (1984), Mook Soon sang (1990), Zainudin Bin Abu Bakar (2011) dan Ainun Bariah Jaafar (2012) membangkitkan masalah yang wujud berkaitan kegagalan pelajar-pelajar menguasai sifir.

Di dalam era teknologi terkini, pelbagai kaedah boleh digunakan untuk merapatkan jurang serta membasmi permasalahan seperti ini. Aplikasi mobil boleh digunakan untuk menguji, melatih dan seterusnya menilai tahap pencapaian sifir di kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah. Ini dibantu oleh faktor tarikan terhadap penggunaan peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet itu sendiri yang biasanya mudah menarik minat kanak-kanak untuk menggunakannya. Terdapat pelbagai aplikasi samada percuma atau berbayar yang wujud di dalam pasaran. Antaranya adalah aplikasi Pantas Sifir yang dibekalkan percuma di dalam gedung aplikasi mudah alih Google Play.

Aplikasi Pantas Sifir adalah aplikasi mudah alih percuma untuk pengguna-pengguna peranti Android yang mula dipasarkan sekitar September 2015. Ia adalah aplikasi permainan yang mudah yang dibina khusus untuk membantu meningkatkan penguasaan sifir di kalangan rakyat Malaysia terutama pelajar-pelajar sekolah rendah. Di dalam aplikasi ini, pemain akan diberikan 20 soalan sifir darab. Pemain perlu dijawab dengan betul dan berusaha untuk menjawab dengan sepantas yang mungkin. Jumlah masa untuk menjawab 20 soalan itu akan direkodkan dan di hantar ke pelayan (server) Pantas Sifir. Catatan masa yang baik akan disenaraikan di dalam Carta Mingguan Pantas Sifir. Ini mewujudkan elemen persaingan sihat yang mendorong pemain-pemain memperbaiki catatan masa masing-masing dan juga mengatasi catatan masa pemain-pemain lain.

Prestasi pemain dikategorikan mengikut sekolah, umur dan negeri. Selain daripada itu, aplikasi Pantas Sifir ini juga membekalkan ciri penciptaan “pasukan” agar pemain-pemain dapat membina kohort atau kumpulan tersendiri bagi bersaing antara satu sama lain.

Statistik dan tabulasi pencapaian pemain disediakan secara online di laman web Pantas Sifir. Ini untuk memberi maklumat secara lansung kepada bukan sahaja pemain, tetapi juga kepada ibu bapa dan pengkaji-pengkaji atau penggiat akademik.
Aplikasi ini boleh di muat turun di :
https://play.google.com/store/apps/details?id=org.ridinglinux.lumbasifir

Laman web Pantas Sifir :
http://pantassifir.ridinglinux.org

Laman Facebook Page Pantas Sifir:
https://www.facebook.com/pantasSifir

Artikel seterusnya akan menyentuh pemerhatian terhadap prestasi pemain-pemain Pantas Sifir berdasarkan data yang dikumpul sejak 5 bulan, selepas aplikasi ini dipasarkan.

Screenshot_2015-09-27-22-24-58_1443364104874

Screenshot_2015-09-27-22-26-52_1443364070807

web_logo