DASH Price JK 1.0 – Initial Release

I’m releasing a new application named DASH Price JK 1.0 today. This is a simple application to track the DASH Cryptocurrency Coin price with the ability to provide alert based on price limits defined by the users.

If you are using this application and think that it is useful, kindly donate DASH to me :-p

DASH Donation Address :

XxgyUydTbfvWR13LaZArSUpR4v2do8mFyS

5 Easy Steps To Earn Free Bitcoin

Follow the easy 5 steps below to earn free bitcoins. No investment required and No product selling required.

Step 1 – Get yourself a Bitcoin Wallet

Install Mycelium Wallet.

Android Users:
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.mycelium.wallet

IPhone Users:
https://itunes.apple.com/us/app/mycelium-bitcoin-wallet/id943912290?mt=8

Step 2 – Copy your Receiving Address

In the MyCelium app, click “receive”. The Receiving Address will be shown. Click “copy to clipboard”.

Step 3 – Visit Moon Bitcoin website

Click the link below.

http://moonbit.co.in/

Step 4 – Paste your Receiving Address

Paste the Receiving Address copied in Step 2 and click “Sign In“.

Click the I’m not a robot checbox. Solve the easy Captcha Quiz.

Once successful, click submit.

Step 5 – Earn Bitcoin!

The Claim Now button will reappear every 5 minutes. Click on it.

Click the I’m not a robot checbox. Solve the easy Captcha Quiz.

Once successful, click submit.

DONE!

Observe your earnings. Maximize your earnings by increasing the Bonus Rewards.

The “Claim Now” button will reappear every five minutes. Your will earn Bitcoins everytime you click the button.

Good luck and have fun!

5 Langkah Mudah Mencipta Pendapatan Sampingan Dari Rumah

Dengan melakukan 5 langkah di bawah, anda boleh menjana pendapatan harian tanpa perlu modal dan tanpa perlu jual barangan.

Langkah 1 – Dapatkan wallet bitcoin

Install aplikasi Mycelium.

Pengguna Android:
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.mycelium.wallet

Pengguna IPhone:
https://itunes.apple.com/us/app/mycelium-bitcoin-wallet/id943912290?mt=8

Langkah 2 – Dapatkan alamat penerimaan bayaran

Di aplikasi MyCelium, klik “receive”. Perhatikan alamat yg diberi. Dan klik “copy to clipboard”.

Langkah 3 – Lawat laman Moon Bitcoin

Klik link di bawah.

http://moonbit.co.in/

Langkah 4 – Masukkan alamat penerimaan wallet

Paste dan klik “Sign In“.

Klik kotak I’m not a robot. Selesaikan sedikit ujian.

Setelah berjaya, klik submit.

Langkah 5 – Kutip duit!

Tunggu butang Claim Now muncul. Klik butang tersebut.

Klik kotak I’m not a robot. Selesaikan sedikit ujian.

Setelah berjaya, klik butang Submit.

Selesai!

Perhatikan jumlah satoshi yang diterima. Jika tak tahu apa itu satoshi, baca artikel saya sebelum ini bertajuk Denominansi Bitcoin.

Begitulah proses yang perlu dibuat. Ulang proses yang sama setiap 5 minit untuk bendapatkan bitcoin satoshi yang seterusnya. Setiap kali butang “Claim Now” muncul, ada ganjaran yang menanti.

Selamat mencuba!

Derma kepada adik Ieman melalui Program Bitcoin Faucet

Adik Ieman, anak comel kepada sahabat saya, baru-baru ini telah terlibat dalam kemalangan. Keadaan Ieman beransur pulih dan dah tak perlu lagi duduk di hospital, namun akibat kemalangan terebut, adik Ieman perlu penjagaan sepenuh masa oleh keluarganya. Disebabkan itu, ibu Ieman terpaksa meletakkan jawatan bagi memberi perhatian sepenuhnya kepada Ieman. Dengan kehilangan pendapatan ibu, ditambah lagi kos perubatan dan peralatan yang mencecah ribuan ringgit sebulan, jelas bahawa keluarga Ieman memerlukan bantuan daripada semua yang prihatin.

Untuk mengetahui cerita sebenar dan status terkini adik Ieman, boleh layari laman Facebook ibu Ieman di https://www.facebook.com/Mardu.Mama.Mukhreez

Dalam artikel sebelum ini bertajuk “Pendapatan Dari Rumah – Bitcoin Percuma Melalui Program Bitcoin Faucet“, saya ada menerangkan cara mudah dan percuma bagi mendapatkan pendapatan melalui bitcoin dengan hanya melayar laman web Moonbit. Apa yang menarik ialah, laman web Moonbit juga memberi ganjaran kepada pihak yang memperkenalkan laman tersebut kepada pengguna baru. Dalam bahasa mudah, kalau konsep MLM, upline dan downline lah. Bagi setiap pendapatan, upline akan dapat juga 50%. Sebagai contoh, sekiranya downline dapat 200 satoshi, upline akan dapat 100 satoshi. (Apa itu satoshi? Boleh baca sini).

Jadi, bagaimana kita boleh bantu keluarga Ieman?

Kita jadi downline kepada keluarga Ieman. Kita dapatkan sebanyak mana bitcoin percuma dengan hanya membuat beberapa langkah mudah. Sekurang-kurangnya sehari sekali. Kita dapat pendapatan. Dalam pada masa yang sama keluarga Ieman juga dapat ganjaran. Jika seorang sahaja buat benda ini memang takda nampak hasilnya, memandangkan imbuhan yang diberi tidaklah sebesar mana. TAPI, jika ramai melakukannya, tak mustahil sedikit sebanyak membantu juga keluarga Ieman melalui program ini.

Saya berminat. Apa yang harus saya buat?

Langkah pertama ialah mendapatkan satu wallet bitcoin. Bagi pengguna Android/IPhone, saya cadangkan untuk install aplikasi Mycelium.

Pengguna Android:
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.mycelium.wallet

Pengguna IPhone:
https://itunes.apple.com/us/app/mycelium-bitcoin-wallet/id943912290?mt=8

Mycelium adalah aplikasi wallet (dompet) bitcoin yang popular di kalangan pengguna Android dan IPhone. Ianya selamat, mudah digunakan dan juga boleh kita gunakan untuk tujuan lain selain daripada inisiatif derma ini.

Setelah memasang aplikasi, langkah penting untuk dilakukan ialah mencipta PIN keselamatan dan juga membuat Frasa Rahsia (terdiri daripada 12 perkataan) untuk tujuan backup. Ini penting untuk keselamatan wallet anda. Andaikata phone rosak atau hilang, kita boleh restore balik wallet di phone lain dan mendapatkan kembali duit kita tersebut. PIN dan Frasa Rahsia ini TIDAK boleh diberi kepada orang lain. Simpan sendiri. Nak selamat, tulis atas kertas dan simpan di tempat yang selamat.

Langkah seterusnya ialah mendapatkan alamat penerimaan bayaran. Sebelum kita daftar akaun di laman web Moonbit, kita kena sediakan alamat penerimaan bayaran dahulu. Ini membolehkan bayaran dibuat oleh Moonbit kepada kita kelak, terus masuk ke walled Mycelium yang baru kita install tadi.

Di aplikasi MyCelium, klik “receive”. Perhatikan alamat yg diberi. Dan klik “copy to clipboard”.

Sekarang kita lawat laman web Moonbit. Klik link di bawah.

http://moonbit.co.in/?ref=30e49675570e
(menggunakan referral ID keluarga Ieman, yang baru didaftarkan pada 20-Feb-2017)

Cari kotak seperti dibawah, dan paste alamat yang kita copy sebentar tadi. Kemudian klik “sign in”.

Langkah pendaftaran sudah selesai. Sekarang adalah langkah menuai hasil.
Perhatikan satu butang bertulis “claim now” di laman Moonbit tersebut. Sekiranya butang itu sudah muncul, itu menandakan ada duit bitcoin menanti kita. Klik butang tersebut dan ikuti langkah yang dikehendaki. Contohnya kita perlu menyelesaikan kuiz mudah dengan memilih gambar, seperti di bawah.

Klik kotak I’m not a robot. Ini adalah proses untuk memastikan anda adalah pelawat yang sah.

Baca arahan dan selesaikan kuiz mudah yang diberi. Contohnya proses memilih gambar roda basikal seperti di bawah.

Setelah berjaya, klik butang Submit.

Perhatikan jumlah satoshi yang diterima. Pada masa yang sama, keluarga Ieman akan terima 50% juga.

Butang “Claim now” akan muncul kembali selepas 5 minit. Boleh klik butang tersebut sebanyak kali yang mungkin di dalam sehari. Sekurang-kurangnya sekali sehari pun jadilah. Untuk tujuan kerja amal.

Moga usaha ini memberi sedikit kelegaan kepada pihak yang memerlukan.

*Sekiranya anda ingin menderma cara lain, boleh hubungi ibu Ieman di alamat facebook yang diberi diatas. Moga sebarang bantuan diberikan ganjaran yang setimpalnya oleh yang Maha Esa. Aamiin.

Pendapatan Dari Rumah – Bitcoin Percuma Melalui Program Bitcoin Faucet

Di dalam artikel terdahulu saya ada menyatakan bahawa salah satu cara untuk mendapatkan bitcoin tanpa perlu membeli adalah dengan melakukan kerja-kerja di internet yang memberi bayaran bitcoin.

Terdapat banyak laman-laman web yang sedia memberi bitcoin percuma kepada kita samada ia meminta kita menjawab survey, membuka iklan atau semata-mata melawat laman web mereka dari masa ke semasa dan menyelesaikan Captcha. Program seperti ini digelar Bitcoin Faucet (boleh rujuk https://en.wikipedia.org/wiki/Bitcoin_faucet untuk maklumat lanjut).

Tujuan utama Bitcoin Faucet ini dibuat adalah untuk :-

  • Mempromosi penggunaan Bitcoin kepada pengguna-pengguna internet. Dengan adanya program ini, kesedaran terhadap wujudnya Bitcoin dapat dipertingkatkan dan pengguna-pengguna internet boleh mencuba sebarang transaksi Bitcoin tanpa perlu mengeluarkan sebarang modal. Ia juga mendorong pengguna-pengguna internet agar mencipta wallet Bitcoin buat kali pertama bagi mereke yang belum pernah.
  • Untuk mendapatkan trafik dan respon. Ada laman web sekadar ingin menarik seramai mungkin pengunjung ke laman web mereka untuk tujuan pemasaran dan paparan iklan. Ada juga yang memerlukan respon terhadap survey untuk menyiapkan tugasan atau kajian pasaran, maka mereka memerlukan responden yang ramai. Bayaran token dalam bentuk Bitcoin dilihat mampu mendorong sejumlah pengunjung yang sudi meluangkan masa memberi respon.
  • Membuat keuntungan. Biasanya ini sebab paling utama. Pengunjung dibayar sejumlah Bitcoin, namun pemilik laman web selalunya mendapat untung yang lebih yang membuatkan mereka mampu menampung kos tersebut. Perhatikan laman web Faucet biasanya dipenuhi iklan. Setiap pengunjung yang melawat akan dikira di dalam perkiraan jumlah paparan dimana pemilik web akan dibayar pula oleh pengiklan. Sekiranya pengunjung klik mana-mana iklan, bayaran tambahan juga diterima oleh pemilik laman. Jadi, ia memberi situasi menang-menang kepada pengunjung, pemilik laman dan juga pengiklan.

Kesan besar program Faucet Bitcoin ini adalah menimbulkan kesedaran betapa mudah melakukan proses menghantar dan menerima wang di dalam ekonomi bitcoin ini. Anda cuba bayangkan, tanpa bitcoin, apa cara anda untuk menerima bayaran-bayaran micro seperti ini? Sebagai contoh, satu laman membayar anda 10,000 satoshi, yang bernilai lebih kurang RM0.50, adakah anda boleh terima bayaran tersebut melalui check? Bank TT/Wire? Western Union? Jika boleh pun, ia sangat tak berbaloi akibat tukaran wang dan komisen yang tinggi.

Saya berminat untuk menjana pendapatan tambahan. Apa perlu saya buat?

Sila sediakan pen dan kertas! Anda perlu mencatit beberapa maklumat kelak.

Langkah pertama ialah mendapatkan satu wallet bitcoin. Bagi pengguna Android/IPhone, saya cadangkan untuk install aplikasi Mycelium.

Pengguna Android:
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.mycelium.wallet

Pengguna IPhone:
https://itunes.apple.com/us/app/mycelium-bitcoin-wallet/id943912290?mt=8

Mycelium adalah aplikasi wallet (dompet) bitcoin yang popular di kalangan pengguna Android dan IPhone. Ianya selamat, mudah digunakan dan juga boleh kita gunakan untuk tujuan lain selain daripada inisiatif derma ini.

Setelah memasang aplikasi, langkah penting untuk dilakukan ialah mencipta PIN keselamatan dan juga membuat Frasa Rahsia (terdiri daripada 12 perkataan) untuk tujuan backup. Ini penting untuk keselamatan wallet anda. Andaikata phone rosak atau hilang, kita boleh restore balik wallet di phone lain dan mendapatkan kembali duit kita tersebut. PIN dan Frasa Rahsia ini TIDAK boleh diberi kepada orang lain. Simpan sendiri. Nak selamat, tulis atas kertas dan simpan di tempat yang selamat.

Langkah seterusnya ialah mendapatkan alamat penerimaan bayaran. Sebelum kita daftar akaun di laman web Moonbit, kita kena sediakan alamat penerimaan bayaran dahulu. Ini membolehkan bayaran dibuat oleh Moonbit kepada kita kelak, terus masuk ke walled Mycelium yang baru kita install tadi.

Di aplikasi MyCelium, klik “receive”. Perhatikan alamat yg diberi. Dan klik “copy to clipboard”.

Sekarang kita lawat laman web Moonbit. Klik link di bawah.

Pergi ke laman http://moonbit.co.in/

Masukkan alamat penerimaan wallet anda

Tunggu 5 minit sehingga butang Claim Now muncul. Klik butang tersebut.

Klik kotak I’m not a robot. Ini adalah proses untuk memastikan anda adalah pelawat yang sah.

Baca arahan dan selesaikan kuiz mudah yang diberi. Contohnya proses memilih gambar roda basikal seperti di bawah.

Setelah berjaya, klik butang Submit.

Perhatikan jumlah satoshi yang diterima. Jika tak tahu apa itu satoshi, baca artikel saya sebelum ini bertajuk Denominansi Bitcoin.

Begitulah proses yang perlu dibuat. Ulang proses yang sama setiap 5 minit untuk bendapatkan bitcoin satoshi yang seterusnya.

Berapa Ringgit yang anda boleh buat melalui program ini?

Sekiranya anda boleh mencecah nilai minumum 10,000 satoshi, anda akan dibayar pada hujung minggu ke alamat penerimaan wallet yang diberikan tadi. 10,000 satoshi tu lebih kurang RM0.50.

50 sen saja? Sikitnya…

Ya, sikit saja… tapi tetap duit free. Jadi, bolehlah diusahakan jika berminat. Atau cuba saja untuk tujuan belajar dan memahami proses ekonomi bitcoin. Perlu ingat juga, nilai bitcoin dijangka meningkat, boleh kita jadikan duit simpanan dan menunggu jika nilai satoshi kita akan menaik satu masa nanti.

Sebenarnya ada lagi tips tambahan, seperti menjawab survey yang membolehkan anda mendapat terus 20,000 satoshi. Itu boleh dibincangkan di ruangan komen Facebook di bawah.

Ada banyak lagi laman Bitcoin Faucet yang boleh dicuba. Senarai ada di https://www.reddit.com/r/Bitcoinfaucets/

Selamat Mencuba.

Update 21-Feb-2017

Dalam masa tak sampai 3 hari, saya dah berjaya cecah amaun minimum 10,000 satoshi yang diperlukan. Alhamdulillah. Nampaknya program Bitcoin Faucet ni lebih menguntungkan berbanding melombong (mining).

Denominasi Matawang Bitcoin (BTC, mBTC, uBTC & Satoshi)

Matawang bitcoin menggunakan simbol BTC.

1 BTC kini bernilai sekitar RM4,700 setakat 18 Februari 2017. Mahal tu. Barang apa boleh saya nak beli semahal tu? Kalau saya nak beli barang runcit je, macam mana?

Untuk transaksi harian, tak ramai menggunakan simbol BTC kecuali untuk melakukan dagangan matawang di exchange. Untuk memudahkan penyampaian maklumat dan komunikasi, bitcoin menggunakan beberapa denominasi seperti dibawah.

  • BTC – Bitcoin – Nilai asas, satu bitcoin lengkap.
  • mBTC – MilliBitcoin – 1000 mBTC adalah bersamaan 1 BTC
  • uBTC – MicroBitcoin – 1,000,000 uBTC adalah bersamaan 1 BTC
  • satoshi – nilai paling kecil – 100,000,000 satoshi adalah bersamaan 1 BTC

Jika kita pandang dari sudut berbeza

  • 1 satoshi = 0.00000001 BTC = terlalu kecil, tak boleh dinilai dalam RM
  • 1 uBTC = 100 satoshi = 0.000001 BTC = terlalu kecil, tak boleh dinilai dalam RM
  • 1 mBTC = 100,000 satoshi = 0.001 BTC = RM 4.70

Seringgit pula berapa?

  • RM 1 = 21,000 satoshi = 0.21 mBTC = 0.00021 BTC.

Biasa di internet, ada website yang guna BTC, mBTC dan satoshi. Pandai-pandai la kita convert.

Satoshi ni nilai paling kecil, dan jika ada yang berminat buat kerja-kerja mudah dan dapat bayaran menggunakan bitcoin, biasanya nilai satoshi akan digunakan sebagai bayaran.

Apa itu dompet bitcoin (wallet bitcoin)?

Dalam artikel-artikel sebelum ini, saya dah menyentuh tentang Apa itu Bitcoin dan Apa itu pelombong Bitcoin (Miner)

Setelah memahami serba sedikit tentang bitcoin, saya jangka akan timbul persoalan bagaimana caranya jika kita ingin memiliki bitcoin.

Terdapat beberapa cara untuk kita dapatkan bitcoin.

  • Melombong bitcoin.
  • Membeli bitcoin dari individu lain atau melalui pasaran.
  • Menerima bayaran berupa bitcoin bagi perkhidmatan atau produk yang kita jual.
  • Melakukan kerja-kerja di internet yang memberi bayaran bitcoin. (boleh rujuk artikel Program Bitcoin Faucet)

Tapi, sebelum menerima sebarang bitcoin, perkara penting yang perlu kita lakukan ialah menyediakan dompet (bitcoin wallet). Mari kita fahami dulu apa itu bitcoin wallet. Ini topik yang sangat penting kerana jika kita tidak faham konsep wallet, ada kemungkinan dana kita boleh dicuri atau berisiko hilang jika kemalangan atau bitcoin kita lesap akibat wallet kita dipegang oleh pemegang amanah yang gagal melaksanakan tanggungjawab.

Jadi, apa itu bitcoin wallet?

Wallet ialah dompet. Mudah. Tak tipu, itulah jawapannya.

Semua bitcoin disimpan di dalam wallet. Cuma di dalam dunia bitcoin, semua lokasi penyimpanan dipanggil wallet, tak kira la samada dalam komputer, dalam handphone, mahupun bitcoin kita yang di dalam pegangan orang lain contohnya pada pemegang amanah atau di exchange. Wallet adalah perisian yang menyimpan maklumat kewangan bitcoin kita, serta kunci sulit yang membolehkan kita membuat bayaran atau pindahan keluar duit daripada wallet tersebut.

Setiap orang boleh ada seberapa banyak wallet yang mereka mahu. Disebabkan ia adalah software, jadi kita boleh install saja wallet di komputer, telefon pintar mahupun peralatan lain satu ketika nanti. Dalam satu komputer nak ada 10 wallet pun boleh. Anggapkan saja dompet kita satu wallet, akaun maybank kita satu wallet, akaun cimb kita satu wallet, tabung buluh belakang almari kita satu wallet, peti besi harta (ala-ala Haji Bakhil, Labu Labi) pun adalah satu wallet. Kesemua wallet adalah milik kita, kita boleh pindahkan dana dari satu kepada yang lain melalui transaksi, mengikut kesukaan dan kemahuan kita. Yang membezakan wallet antara satu sama lain adalah bagaimana kita menguruskan semuanya.

Wallet dana runcit.

Ada wallet yang kita nak guna selalu untuk urusan harian, dipasang di komputer yang kurang selamat atau di telefon pintar. Jadi kita letak la dana yang sederhana banyak mengikut keperluan. Macam dompet yang kita bawa hari-hari, tak boleh letak banyak sangat, kalau hilang naya. Letak 1 BTC dalam wallet di handphone, kalau phone hilang dan dana pencuri sempat jumpa, maka mengikut kadar hari ni, hilanglah RM4,700 kita. Nangis kita bukan sebab hilang handphone, tapi sebab hilang bitcoin. Jadi ikutlah rutin kebiasaan, kalau dalam dompet biasanya kita simpan RM50 untuk kegunaan harian, di wallet mudah alih kita simpan la sekadar 0.01BTC (lebih kurang RM50 juga).

Wallet dana besar (simpanan/pelaburan).

Dana bitcoin yang besar, untuk pelaburan jangka panjang misalnya boleh diletakkan di didalam wallet di komputer lain, yang kita yakini selamat dan tidak dapat diakses oleh orang lain. Paling cantik kalau komputer tu offline terus, tanpa ada talian internet. Hampir pasti selamat. Ini dipanggil “Cold Storage”. Selain daripada offline computer, boleh juga guna wallet yang dilindungi oleh usb dongle (ada dijual, ciri keselamatan yang tinggi), atau paling extreme sekali, simpan pakai kertas je. Tulis secara manual kata kunci atau formula matematik di dalam buku tulis dan sorok.

Wallet yang diuruskan oleh pihak ketiga.

Ada juga wallet bersifat akses umum yang dibuka untuk kita oleh pihak ketiga untuk kita, contohnya apabila kita berurusniaga di dalam pasaran bitcoin. Perlu diingat, wallet jenis ini berisiko tinggi. Apabila kita terima saja dana bitcoin ke dalam wallet sebegini, apa yang perlu kita buat adalah memindahkannya ke wallet kita yang lebih selamat. Perkara ini yang banyak orang tidak faham. Akibatnya apabila dana dicuri atau badan melaksana pasaran bungkus atau ditutup akibat undang-undang, dana kita yang ada di dalam wallet tersebut turut lesap. Anggapkan wallet sebegini adalah akaun bank. Cuma kalau bank boleh la kita percaya sebab kita dilindungi undang-undang. Kalau pihak ketiga dalam dunia bitcoin, tiada perlindungan undang-undang yang boleh kita guna pakai, jadi cepat-cepat transfer ke wallet peribadi kita.

Tak simpan bitcoin di bank?

Konsep keselamatan dana bitcoin ni agak terbalik berbanding cara biasa kita. Kita diajar dari kecil, untuk pastikan duit selamat, simpan di bank. Bermakna kita serahkan tanggungjawab menjaga harta kita kepada pihak ketiga. Berbeza pula dengan ekonomi bitcoin. Bitcoin dicipta untuk menyahkan dominasi pihak ketiga. Jangan percaya sapa-sapa. Harta kita, kita simpan sendiri, jangan kasi orang lain pegang. Begitulah ceritanya…

Software wallet apa yang kita boleh guna?

Pilihan ada banyak boleh rujuk senarai di https://bitcoin.org/en/choose-your-wallet. Secara peribadi saya guna Electrum (https://electrum.org) atas beberapa sebab antaranya:-

  • Ia perisian Sumber Terbuka (Open Source). Jadi kita dapat tengok code dan bagaimana aplikasi ini dibangunkan. Telus dan terbuka.
  • Kita tak perlu ingat private key, hanya perlu salin 12 perkataan frasa rahsia (secret phrase). Jadi jika komputer rosak misalnya, kita boleh recover wallet dengan menggunakan 12 perkataan frasa rahsia tersebut.
  • Ia boleh digunakan untuk “cold storage”. Untuk simpan dana jangka panjang.
  • Banyak lagi…

Ada banyak lagi software wallet lain. Tepuk dada tanya selera.

Benarkah bitcoin kita ada dalam wallet?

Sebenarnya, secara teknikal TIDAK. Wallet tak simpan duit. Wallet hanya simpan indeks, alamat transaksi (juga dipanggil kunci awam @ public key), dan juga kunci rahsia (dipanggil private key) kita untuk membolehkan kita memindahkan dana keluar dari wallet tersebut. Kesemua dana bitcoin sebenarnya terletak di dalam lejar terbuka di Block Chain yang disalin oleh beribu-ribu nodes/miners. Seperti yang saya sentuh dalam artikel sebelum ini, Block Chain adalah lejar terbuka yang menyenaraikan kesemua transaksi dari mula terciptanya bitcoin sehingga sekarang. Sehingga kini, saiz lejer tersebut sudah mencecah 120 Gigabyte. Bayangkan dah berapa bayak transaksi dah berlangsung.

Di dalam lejar terebut ada maklumat penuh transaksi dari asal bitcoin dilombong, dipindahkan kepada pengguna, dijual, dibeli dan kesemua yang berlaku kepada bitcoin-bitcoin tersebut. Bila nak tengok baki, wallet bitcoin kita akan membuat satu bacaan kepada lejar Block Chain dan mencari semua transaksi yang berkaitan dengannya sahaja dan membuat kira-kira baki berdasarkan semua milikan bitcoin yang belum dibelanjakan.

Apabila transaksi nak dilakukan, wallet tersebut akan membekalkan kunci rahsia bagi mengesahkan bahawa transaksi itu sah dilakukan oleh pemilik bitcoin. Teknik ini dinamakan kriptografi (cryptography). Kunci rahsia ini amat rumit dan mustahil untuk digodam. Jadi, keselamatan dana kita bergantung sepenuhnya kepada bagaimana selamatnya kita menyimpan kunci rahsia tersebut. Kalau kita bagi kunci rahsia kepada orang lain, alamatnya habis. Ibarat seperti bagi kad ATM dan PIN kepada orang lain.

Jika semua transaksi disimpan di lejar terbuka Block Chain, orang boleh nampak la kekayaan seseorang?

YA dan TIDAK.

Ya, dalam erti kata semua transaksi boleh dilihat di dalam Block Chain. Penganalisis yang mahir boleh mencari jumlah kekayaan seseorang tanpa perlu mengakses wallet orang tersebut.

Tidak, dalam erti kata yang dapat dilihat adalah transaksi, jumlah, dan indeks. Tanpa sebarang maklumat siapa pemilik itu. Jika kita tak dedahkan transaksi dan indeks itu milik kita, tiada sebab orang akan tahu kitalah pemilik dana yang dianalisa.

Namun, perlu diingat, exchange tempatan (contohnya XBitAsia) memerlukan salinan kad pengenalan ketika kita membuka akaun untuk jual beli pasaran bitcoin. Ini adalahlah syarat yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia. Tujuannya untuk mengelakkan belakunya Pengubahan Wang Haram (Money Laundering). Jadi, jika kita bertransaksi menggunakan exchange tempatan, secara teorinya, kerajaan akan tahu jumlah kekayaan kita. Bagi orang yang berniat serong, mereka guna cara lain tanpa perlu berharap kepada exchange sebegini. Bagi kita, tak sepatutnya menjadi masalah.

Berikut adalah video tutorial untuk install Electrum Wallet di komputer. Saya sarankan agar anda catit 12 perkataan frasa rahsia (secret phrase) sewaktu proses installasi di atas kertas dan simpan dengan selamat.

Apa itu Pelombong Bitcoin (Miner)?

Mari kita sentuh lebih lanjut tentang aktiviti perlombongan (mining) oleh pelombong bitcoin (miner). Dalam artikel sebelum ini bertajuk “Apa Itu Bitcoin?” saya dah menceritakan serba sedikit tentang bitcoin.

Miner adalah terdiri daripada individu/syarikat/badan sukarela yang menyumbangkan kuasa komputer mereka bagi memproses transaksi-transaksi bitcoin. Komputer mereka dipasang perisian (software) mining bitcoin. Software ini akan melaksana proses kira-kira kewangan ke dalam Block Chain. Ini bersesuaian dengan objektif bitcoin, yang mana ia ingin mengganti atau mengalihkan peranan dan kuasa bank-bank supaya kembali kepada masyarakat. Sekiranya kerja kira-kira kewangan, merekod lejar (ledger), memproses perpindahan wang samada dalam mahupun luar negara, dapat dilakukan oleh masyarakat sendiri, bermakna kebergantungan masyarakat dan ekonomi kepada bank dapat dikurangkan. Manfaatnya ada banyak, contohnya proses yang lebih jimat, masa yang lebih pantas dan selamat, lebih mesra internet, dan yang paling utama ialah membasmi situasi kuasa mutlak oleh pihak-pihak kapitalis dominan.

Sesiapa sahaja boleh menjadi miner samada untuk tujuan kajian, atas dasar minat, mahupun untuk menjana pendapatan. Saya sendiri pernah mencuba atas dasar suka-suka dan ia memberi banyak ilmu baru yang membuka mata. Untuk tujuan menjana pendapatan, miner boleh mendapat pendapatan daripada dua sumber.

Pertama melalui komisen yang perlu dibayar oleh individu yang membuat transaksi. Contohnya Abu hantar bitcoin kepada Ali, maka Abu perlu bayar sedikit komisen kepada Miner untuk yuran pemprosesan. Yuran ini amat minimal buat masa ini. Sekitar 0.1% daripada nilai transaksi. Jauh berbeza dengan kadar Interbank Fund Transfer apakan lagi Inter Country Fund Transfer. Selesai sahaja proses transaksi, miner yang berjaya memproses dan memasukkan transaksi ke dalam lejar Block Chain akan mendapat komisen secara automatik daripada Abu.

Sumber pendapatan kedua bagi Miner adalah melalui ganjaran/bonus setiap kali berjaya menjadi pihak pertama menyelesaikan Blok. Sejumlah transaksi dikumpulkan oleh Miner/Node dan akan dimasukkan ke dalam Blok (sebab itu konsep ni dinamakan Block Chain). Dari situ, Node (anggaran ada 5000 nodes di dunia ini) dan kesemua jentera Miner (ada ratusan ribu miners di muka bumi) akan cuba berlumba menyelesaikan persoalan matematik yang maha rumit dan sesiapa yang pertama berjaya menyelesaikannya akan mendapat bonus iaitu dalam bentuk bitcoin yang baru tercipta. Bitcoin ini ibarat ketulan emas yang pertama kali dijumpai, dan Node/Miner tersebut akan menjadi pemilik yang pertama. Penyelesaian matematik amat kompleks untuk dibincangkan di dalam artikel ini, cukup sekadar kita faham bahawa semua itu dilaksanakan secara automatik oleh perisian bitcoin yang dipasang di komputer-komputer miner. Pada masa ini, setiap Blok yang diselesaikan akan membawa ganjaran bonus sebanyak 12.50 BTC (bersamaan RM58,000). Bayangkan, contohnya Abu menghantar bitcoin bernilai RM100 kepada Ali. Miner dapat komisen RM0.10 daripada Abu, tetapi mereka juga dapat RM58,000 hasil perlombongan sewaktu memproses transaksi Abu tersebut. Banyak kan? Tapi tidaklah semudah itu sebenarnya. Boleh saya ceritakan lanjut dalam artikel yang lain nanti. Kadar ganjaran ini akan berkurangan dari masa ke semasa, sehinggalah pada tahun 2140, tiada ganjaran lagi akan diberi dan tiada bitcoin baru akan muncul lagi di dunia ini.

Pada tahun 2009, pada permulaan Bitcoin ini dilancarkan, miner sulung adalah Satoshi Nakamoto (selaku pencipta bitcoin) yang memproses blok pertama. Blok pertama ini dinamakan Blok Genesis, yang memberi ganjaran sebanyak 50 BTC kepada Satoshi Nakamoto. Sejak dari itu, transaksi-transaksi pun bermula dan ganjaran 50 BTC mula diterima oleh ramai miners terawal. Setiap ganjaran digunakan oleh mereka untuk membeli barang, menjadikan ia transaksi sebenar dan memerlukan pemprosesan blok yang mencetuskan lagi ganjaran-ganjaran melalui penciptaan BTC yang baru. Pada waktu itu, BTC belum mempunyai nilai di pasaran. Tiada sapa mahu beli bitcoin. Jadi pemilikan hanyalah di dalam kelompok miners yang kebanyakannya hanya suka-suka. Maka mereka hanya bermain-main menghantar bitcoin sesama sendiri, bergurau dan juga sekadar suka-suka mengkaji teknologi ini dengan lebih mendalam. Hinggakan pada waktu itu ada yang membeli Pizza dengan membayar 10,000 BTC. Pada hari ini nilai 10,000 BTC adalah RM 47 juta!

Berbalik kepada perlombongan, bitcoin ini disamakan seolah-olah komoditi. Ia dicipta supaya akan habis. Ibarat emas, jika dilombong di bumi ini, sampai satu masa ia akan habis. Jika dah habis dari dalam tanah, pembeli emas hanya boleh membeli emas-emas yang tersedia ada di pasaran tanpa boleh mencari lagi emas secara perlombongan. Begitu juga bitcoin. Ciptaan BTC baru sebagai ganjaran kepada miner akan berkurangan dari masa ke semasa. Protokol bitcoin akan memastikan bahawa jumlah akhir bitcoin akan terhad kepada 21 juta BTC sahaja di dunia ini. Caranya ialah dengan memotong ganjaran kepada separuh bagi setiap 4 tahun.

  • Tahun 2009 – 2011 – Ganjaran 50 BTC
  • Tahun 2011 – 2016 – Ganjaran 25 BTC
  • Tahun 2016 – 2020 – Ganjaran 12.50 BTC
  • Tahun 2021 – ?? – Ganjaran 6.25 BTC
  • Tahun-tahun seterusnya – dikurangkan separuh lagi hingga menjadi 0.

Pada masa ini, sekitar 16 juta bitcoin telah dilombong bermakna ada baki 5 juta bitcoin lagi masih ada dalam tanah. Dijangka kesemua 21 juta bitcoin akan selesai dilombong pada tahun 2140. Disebabkan bitcoin semakin susah untuk dilombong, atau tidak lagi menjanjikan ganjaran yang berbaloi kepada miner, bermakna miner perlu beralih kepada menjana pendapatan melalui komisen pula. Jadi, untuk tahun-tahun seterusnya komisen akan dijangka meningkat bagi menampung kos miner, namun dijangka tetap lebih murah berbanding dengan komisen yang kini dikenakan oleh bank, pengurup wang (money changer) dan juga perkhidmatan pembayaran internet seperti PayPal, Ipay88 dan lain-lain.

Adakah kita perlu menjadi Miner untuk terlibat dalam pasaran Bitcoin?

Jawapannya TIDAK. Ilmu tentang miner diperlukan supaya kita faham konsep ekosistem bitcoin. Menjadi miner adalah semata secara sukarela. Sama juga, kita tak wajib kerja di bank untuk terlibat dalam urusniaga jual beli menggunakan ringgit. Biarkan saja bank uruskan perihal kira-kira kewangan dan akaun, kita hanya menggunakan duit untuk kehidupan harian. Tapi, jika dalam dunia bitcoin, kita boleh jadi bank/pelombong jika kita mahu. Pilihan di tangan kita sepenuhnya.

Ada cara lain untuk mendapatkan bitcoin tanpa perlu menjadi miner?

Ini saya akan sentuh sedikit di dalam artikel seterusnya di dalam topik Apa itu dompet bitcoin (wallet bitcoin)?.

Tonton klip youtube di bawah untuk melihat aktiviti perlombongan yang dijalankan di negara China.

Apa itu Bitcoin?

Sambungan dari artikel saya sebelum ini bertajuk Saya dan Bitcoin.

Sebenarnya penerangan tentang bitcoin ini dah banyak ditulis di internet. Cuma mungkin kekurangan versi Bahasa Melayu (BM) membuatkan ramai rakan yang saya kenal kurang memahami apa itu Bitcoin. Ada la juga beberapa artikel blog dalam BM yang saya jumpa antaranya:-

http://www.pakdi.net/apa-itu-bitcoin/ – Nukilan Pakdi, blogger kewangan tempatan.
http://bitcoinmalaysia.com/2013/01/19/apa-itu-bitcoin-dan-beli-bitcoin-di-malaysia/

Boleh rujuk link di atas untuk bacaan asas tentang Bitcoin. Saya cuba la juga untuk terangkan versi nukilan saya sendiri juga di sini. Saya buat dalam BM juga agar mudah difahami oleh ramai pembaca.

Secara asas, Bitcoin adalah Duit Maya. Ia duit yang berlegar di internet, tanpa ada bank yang mencetak duitnya, juga tanpa kerajaan yang mengawal kadarnya. Jika kita ada bitcoin, bermakna kita boleh:-

  • membeli barang di kedai atau portal yang menerima bitcoin sebagai bayaran.
  • hantarkan kepada orang lain ke mana saja di dunia ini, dengan pantas dan murah.
  • derma kepada mana-mana pihak tanpa perlu proses yang rumit.
  • jual kembali dan dapatkan duit Ringgit.
  • simpan beku sebagai pelaburan jangka panjang, mengharapkan nilai akan terus meningkat.

Buat masa sekarang (19-Feb-2017), satu unit Bitcoin (juga dipanggil 1 BTC) adalah bernilai sekitar RM4,700.00. Dah mahal macam emas pula. Pada 2012 dulu harganya baru la RM50.00. Semakin ramai penduduk dunia ini mula mengenali dan memahami Bitcoin, maka semakin ramai akan menggunakannya dalam transaksi, seterusnya permintaan semakin naik dan nilai pun turut sama meningkat. Itu lumrah pasaran. Dan bitcoin boleh dikatakan masih sangat awal dan belum dikenali sangat oleh masyarakat dunia. Maka ruang peningkatan itu sangat-sangat meluas.

Tapi kita tolak tepi dulu penceritaan Bitcoin dari sudut nilai dan pelaburan. Sebaiknya, untuk peringkat awal, saya ceritakan dulu Bitcoin ini dari sudut hasrat penciptaannya, objektif yang cuba dicapai dan beberapa aspek teknikal tentang Duit Maya ini.

Siapa cipta bitcoin dan siapa kawal bitcoin?

Kemunculan pertama bitcoin adalah pada tahun 2008 apabila satu Dokumen Kertas Putih (Whitepaper) bertajuk “Bitcoin: A Peer-to-Peer Electronic Cash System” oleh penulis bernama Satoshi Nakamoto diketengahkan kepada komuniti komputer dan seterusnya menjadi satu projek pembangunan Sumber Terbuka (Open Source) pada 2009 (laman web di https://bitcoincore.org/). Kertas Putih tersebut mencadangkan satu konsep Duit Maya menggunakan Distributed Ledger yang dinamakan BlockChain. Sifat blockchain ialah memastikan data kewangan adalah telus dan terbuka, tidak boleh diubah atau digodam, boleh diuruskan oleh sesiapa sahaja (dipanggil Pelombong @ Miner) tanpa ada badan khas yang mengawal atau menggubal maklumat, dan juga setiap Pangkalan mendapat salinan penuh keseluruhan transaksi kewangan bagi memastikan tiada Single Point of Failure.

Siapa sahaja boleh jadi Miner. Kalau kita nak jadi miner pun boleh. Ada komputer, download software miner, lancarkan, maka kita secara rasminya sudah menjadi miner. Dianggarkan terdapat ratusan ribu miner yang ada sekarang dan sedang bertugas (komputer mereka ye, bukan orang) untuk menjalankan kerja-kerja transaksi bitcoin. Kesemua miner berhubung dengan pangkalan (dipanggil Node). Di node pula tersimpan keseluruhan data transaksi. Dianggarkan ada 5,000 Nodes yang sesama mereka menyalin data dan juga memuktamadkan kerja-kerja miners yang berhubung dengan mereka. Dengan adanya jumlah Nodes yang besar, tidak akan wujud risiko dimana sistem kewangan ini akan runtuh kerana jika ada satu Node terputus, ada beribu yang lain akan mengganti. Malah Nodes baru akan muncul dari masa ke semasa, di merata dunia.

Dengan adanya miner dan nodes yang menjalankan kerja, maka tidak perlu ada badan khas seperti Bank Komersil untuk menguruskan transaksi dan juga Bank Pusat/Bank Negara yang memantau dan mengawal sebarang transaksi. Kesemuanya dilakukan oleh sukarelawan. Manfaat menjadi Miner atau Nodes ialah, anda akan mendapat bayaran/ganjaran bagi setiap transaksi yang diproses.

Jadi menjawab persoalan siapa yang mengawal bitcoin, pada saya adalah Miners, Nodes serta Pembangun Perisian Bitcoin itu sendiri. Namun takkan wujud situasi kuasa mutlak kerana, sesiapa saja boleh jadi Miner dan Node. Malah perisian Bitcoin ini sendiri adalah bersifat Sumber Terbuka, dimana Pembangun dan Perisian boleh diganti oleh pihak lain jika situasi memerlukan.

Tiada individu dan Badan mutlak.. juga tiada kuasa mutlak.

Artikel seterusnya saya akan sentuh tentang aktiviti Perlombongan oleh Miner. Boleh tonton klip youtube di bawah untuk memahami dengan lebih lanjut tentang Bitcoin.

Juga sila rujuk penerangan tentang Denominasi Matawang Bitcoin (BTC, mBTC, uBTC & Satoshi).

Saya dan Bitcoin

Pertama kali saya dengar tentang Bitcoin adalah sekitar 2012 sewaktu bersembang sesama rakan IT di kalangan Komuniti Sumber Terbuka (Open Source). Saya ada juga baca serba sedikit tentang Bitcoin pada masa itu, tapi tak berapa ambil berat sangat sebab tak berapa pasti hala tuju mahupun tahap kelansungan Bitcoin ini. Sekitar 2015 dan 2016 maklumat tentang Bitcoin semakin berkembang tapi minat untuk mengkaji lanjut masih belum tiba. Namun pada awal 2017, saya mula terpanggil untuk mendalami apa itu Bitcoin. Puncanya ada dua.

Pertamanya, sebab kenaikan mendadak harga pasaran Bitcoin pada hujung Disember 2016 hingga awal Januari 2017. Antara punca yang diperkatakan ramai adalah kemenangan Donald Trump sebagai presiden USA. Timbul pula minat untuk kaji adakah Bitcoin medium pelaburan yang baik, sebab bila tengok graf kenaikan pasaran, nampak menarik.

Kedua, pada Januari lalu, saya diminta oleh ayah untuk memindahkan sejumlah wang kepada adiknya yang tinggal di Singapura. Wang tu adalah hasil pusaka, jumlahnya kecil, bila convert ke Dolar Singapura ada lah dalam SGD100 sahaja. Tapi proses nak buat TT/Wire punyalah susah. Kena dapatkan Salinan IC mereka, alamat dll. Sebabkan wang pusaka, tetap perlu transfer juga sebab amanah. Bila semua dokumen dah dikumpul, kena pulak nak beratur di bank. Itu belum cerita lagi susut nilai akibat kadar pertukaran. Jadi waktu tu terlintas juga, inilah fungsi Bitcoin. Jika masyarakat dunia dah menerima Bitcoin, masalah seperti ini akan dapat diselesaikan. Duit dapat dipindahkan kemana-mana sahaja di dunia, tanpa proses yang meletihkan, dengan kadar komisen yang berpatutan.

Jadi, sejak pada itu, saya mula mengkaji lanjut tentang Bitcoin. Alang-alang saya ada satu blog Ridinglinux yang sunyi sepi ini, bolehlah saya manfaatkan untuk berkongsi apa yang saya faham tentang Bitcoin. Harapnya ia mampu membantu meningkatkan kesedaran dan minat masyarakat untuk bersedia menerima perubahan besar kepada sektor dan struktur kewangan dunia ini. Saya juga harap agar sekiranya Bitcoin menjadi mainstream satu ketika nanti, biarlah rakyat Malaysia antara yang terawal (jika tidak terlewat) untuk menjadi penguasa pemilik kapital berharga ini.

Ok, cukup sudah mukadimah. Artikel seterusnya saya akan sentuh tentang “Apa itu Bitcoin”.

The linux journey blog